AMANAH Kawasan Sepanggar Ukir Senyuman di Wajah Kak Ain Sekeluarga


Khairuddin (dua dari kiri) bersama Kak Ain (tiga dari kiri) dan dua orang anaknya.

KOTA KINABALU: Ketibaan tahun baru 2020 amat bermakna bagi keluarga Norain binti Yussop (Kak Ain) apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Sepanggar tampil memberi bantuan mempersiap kelengkapan sekolah adik beradik serta anaknya.

Adik Haryani Yussop yang bakal masuk ke tingkatan 1
bersama adiknya Fahmi Sharizal Yussop yang bakal memasuki darjah 1, serta
sepupu mereka adik Insyanshah, pra-sekolah, menerima bantuan daripada AMANAH
berupa pakaian sekolah, kasut, beg dan alat tulis.

Bantuan daripada AMANAH telah disampaikan oleh Ahli
Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, Encik Khairuddin Daud. Turut hadir ialah
Pengerusi AMANAH Kawasan Sepanggar, Encik Abdillah Matlin.

Kak Ain yang berasal dari Kg. Lokub, Sepanggar. Beliau
dan ayahnya telah menderita sakit saraf sejak setahun lalu. Beliau yang bekerja
sebelum ini, terpaksa berhenti kerja kerana sakit saraf yang menyebabkannya
hampir lumpuh.

Suaminya pula terpaksa berhenti kerja dikilang untuk
menjaga anak-anak, dan hanya melakukan kerja-kerja sambilan bagi menyara
keluarga.

Lebih menguji keluarga ini apabila anak mereka, adik
Fahmi turut menghidap jantung berlubang.

Khairuddin berharap bantuan kecil ini akan mengurangkan
beban keluarga Kak Ain dimusim persekolahan ini.

“AMANAH Sepanggar berharap orang ramai dapat
bersama-sama tampil membantu keluarga Kak Ain yang menderita sakit saraf.

“Penderitaan Kak Ain dan keluarganya amat memerlukan
perhatian dan pembelaan daripada masyarakat yang prihatin. Bantuan daripada
setiap anggota masyarakat dapat mengurangkan beban dan derita keluarga
tersebut”, tegas Khairuddin.



Leave a Reply