BOT NELAYAN DITAHAN KERANA MENUNDA DI KAWASAN LARANGAN


Bot nelayan yang ditahan PPM Tawau memukat di kawasan larangan

OLEH AHMAD TAMRIN

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menjalankan aktiviti menunda ikan dalam kawasan kurang tiga batu nautika dari persisir pantai Laut Icebox dekat sini semalam.

Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata, sebuah bot ronda PPM yang sedang menjalankan rondaan rutin telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti memukat tunda di kawasan larangan pada jam lebih kurang 6.30 petang.

“Sebuah bot jenis pukat tunda, seorang juragan warganegara Indonesia berumur 30 tahun bersama tiga awak-awak beserta hasil tangkapan iaitu ikan pelbagai jenis dengan anggaran berat keseluruhan 20 kilogram dianggarkan berjumlah RM 300 telah ditahan dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,”  kata Mohamad Pajeri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perikanan 1985, kata Mohamad Pajeri.



Leave a Reply