CORONAVIRUS : TIDAK PERLU PANIK


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan jangan terpengaruh dengan sebarang khabar angin mengenai jangkitan Coronavirus di negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, pihaknya meminta masyarakat peka serta merujuk isu berkenaan di pihak yang sahih.

Katanya, setakat ini, tiada sebarang kes positif Koronavirus meskipun semalam, tular mengenai insiden seorang pelancong lelaki warga China dikejarkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti wabak itu.

“Kita telah memperketatkan tahap pengawasan terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan pemantauan menggunakan saringan demam menggunakan thermo-scanner.

“Jumlah saringan demam yang dilakukan sejak 5 sehingga 23 Januari 2020 lalu adalah seramai 4,003 penumpang dan krew yang menaiki penerbangan terus dari Wuhan, China.

“Sehingga kini, tiada penumpang dan krew yang dikesan demam semasa proses saringan di pintu ketibaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Poon berkata, pihaknya sudah memberi taklimat kepada semua agensi di KKIA berhubung penyakit Koronavirus terhadap langkah-langkah sekiranya berlaku insiden berkenaan.

“Ini termasuklah prosedur merujuk penumpang yang sakit atau demam ke Pejabat Kesihatan KKIA untuk tujuan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan ke Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Queen Elizabeth (HQE) atau Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) di Likas.



Leave a Reply