iBreastExam produk kesihatan digital bantu pengesanan awal kanser payudara.


Frankie (2 dari kanan) melawat pameran iBreastExam, ditemani Dr Ajaz (kiri) dan Miranda (3 dari kanan)

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Kanser payudara adalah Kanser nombor satu kepada wanita, menuntut kehidupan beratus-ratus wanita setiap tahun dan menjejaskan persekitaran sosio-ekonomi negeri.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, isu yang paling membimbangkan ialah lebih daripada 52 peratus wanita yang terjejas oleh penyakit ini dikesan lewat dan dengan demikian, penyakit ini wujud diperingkat awal.

“Kanser payudara tidak mendiskriminasi dan mempengaruhi semua lapisan masyarakat kita. Walau bagaimanapun, wanita-wanita yang menghadapi penyakit ini diperingkat awal umumnya dari masyarakat miskin dan terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan iBrrastExam & The iBreast Exam Digital Breast Health Initative, di Hospital Pakar KPJ Sabah, dekat sini, semalam.

Ia adalah projek kolaborasi kesihatan awam antara kerajaan, sektor swasta dan NGO.

Turit hadir Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Profesor Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah Puan Miranda Harumal, Pengarah Urusan, AP Bio Resources Sdn Bhd Chu Suken, Pengarah Medisinar Klinik & Surgeri Dr Kailanathan Chellapah.

Frankie berkata, wanita adalah sumber sosio-ekonomi yang penting untuk Sabah, oleh itu kesihatan wanita perlu diberi tumpuan dan perhatian oleh semua pihak termasuk pembuat dasar.

Katanya, tenaga kerja wanita adalah penting dalam memacu kemajuan dan kemakmuran ekonomi negara.”

Jadi, bagaimanakah Sabah boleh membiarkan potensi wanita jika mereka terhalang akibat kesihatan yang tidak baik? Kanser payudara adalah satu-satunya ancaman sedemikian.

Usaha yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser payudara,” katanya.

Beliau berkata, kemajuan teknologi dalam paradigma Kesihatan baru 4.0 dilihat dalam pelbagai peranti Kesihatan Digital yang baru.

Dalam kes ini, katanya iBreastExam adalah salah satu produk Kesihatan Digital yang membantu dalam pengesanan awal kanser payudara.

Saya bangga melihat sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama untuk memajukan penjagaan kesihatan di Sabah,” katanya.

Frankie mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Christina Rundi dan pasukannya bekerjasama dengan KPJ Sabah, Medisinar Klinik dan APBIO dalam Inisiatif Kesihatan DigitaliBreastExam yang berkhidmat kepada kumpulan pertama wanita melalui PITKM Sabah.

“Saya juga difahamkan bahawa Hospital Pakar KPJ Sabah telah melancarkan pemeriksaan iBreastExam menerusi program jangkauan mereka di Kota Kinabalu sejak Julai 2019.

Matlamat inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangkan akibat daripada kanser payudara.

Kita berharap dapat membuat pemeriksaan kepada wanita asimptomatik untuk mengenal pasti dan merawatnya pada peringkat awal penyakit ini.

Dengan pengawasan awal ini, kita berharap ia boleh membantu mengurangkan kos penjagaan kesihatan keseluruhan termasuk rawatan serta penjagaan pemulihan dan paliatif,” katanya.



Leave a Reply