JALIN KERJASAMA ERAT UNTUK TINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DI KAWASAN LIBARAN


Zakaria (tengah) bersama para pegawai serta pelajar MRSM semasa majlis tersebut

 SANDAKAN: Pihak pengurusan sekolah-sekolah di kawasan Libaran diminta untuk terus menjalin kerjasama erat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dan Pejabat Parlimen Libaran.

Langkah itu bagi menyelaras masalah khususnya berkaitan pendidikan yang dikenalpasti di kawasan Libaran.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris berkata, kerjasama tersebut akan memudahkan pihaknya mengetahui setiap permasalahan berkaitan pendidikan di kawasan Libaran untuk diajukan kepada pihak berwajib bagi tujuan penyelesaian.  

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Mohon Restu PT3 dan SPM 2019 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens disini baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau turut berharap pihak pengurusan sekolah di kawasan Libaran akan terus terus menjalin kerjasama rapat dengan PPD Sandakan untuk mempertingkat pencapaian pelajar.

Sementara berucap pada majlis itu, Datuk Zakaria memuji inisiatif dan program tahunan yang dilaksana MRSM Tun Mohd Fuat Stephens itu, yang betujuan memberi sokongan, semangat dan harapan kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting tidak lama lagi. 

Justeru beliau menasihati para pelajar agar terus fokus dan melipat gandakan usaha agar mereka memperoleh keputusan cemerlangan dalam peperiksaan kelak.

Dalam majlis itu, 306 calon PT3 dan SPM MRSM Tun Mohd Fuad Stephens tahun ini menerima sumbangan berupa kelengkapan alat tulis daripada Pejabat Parlimen Libaran.



Leave a Reply