KEBAKARAN MUSNAHKAN KEDAI PAKAIAN DI PEKAN TAMPARULI…Madius Bergegas Ke Tempat Kejadian Untuk Melihat Sendiri Keadaan


MUSNAH: Keadaan kedai pakaian di Pekan Tamparuli yang terbakar pada petang tadi.

Oleh Nio James

TUARAN: Sebuah kedai menjual pakaian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.50 petang Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sailin Jun berkata sebaik menerima panggilan berkenaan kejadian pihaknya menggegaskan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ke lokasi.

Katanya operasi pemadaman turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Lintas.

“Kebakaran membabitkan sebuah kedai pakaian di di tingkat bawah bangunan deretan kedai di Pekan Tamparuli.

“Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya.

Menurutnya setakat jam 7.40 malam pihaknya masih menjalankn operasi pemadaman dan maklumat lanjut berkenaan keluasan kebakaran serta kerugian keseluruhan akan disalurkan dari masa ke semasa.

Beliau bagaimanapun berkata maklumat awal menyatakan tiada sebarang mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Madius  yang sedang bermesyuarat di pejabatnya serta merta bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan setelah menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut.



Leave a Reply