LANTIKAN PRESIDEN MPS BAHARU PERLU MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT SANDAKAN


 

SANDAKAN : Ekoran penamatan kontrak Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), PAS Sandakan mengharapkan agar pengganti yang baharu adalah tokoh yang boleh memahami aspirasi masyarakat Sandakan.

 

Ia sesuai dengan kehendak masyarakat yang mahukan Presiden MPS berperanan sebagai individu yang boleh bekerjasama dengan semua pihak, lebih-lebih lagi dapat mendengar rintihan mereka.

 

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Pesurujaya I PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid ketika diminta mengulas perkara tersebut di Bandar Indah, dekat sini pada Rabu. 

 

Tambah beliau, masyarakat juga berhasrat agar Presiden baharu nanti dapat melaksanakan tanggungjawab yang adil dan saksama dalam urustadbir kerajaan tempatan kepada semua golongan msyarakat.

 

“PAS yakin dengan perlantikan baharu yang sesuai dengan kehendak masyarakat ini akan memberikan impak lebih baik kepada rakyat semula berbanding Presiden sekarang yang terpalit dengan beberapa kontroversi,” ulas Sahar.

 

Sahar yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Sandakan turut menyarankan agar kerajaan negeri melantik tokoh dalam kalangan anak tempatan iaitu orang Sandakan sendiri bagi memegang jawatan penting itu.

 

Katanya, perlantikan anak tempatan ini perlu dipenuhi kerana tokoh ini akan lebih memahami latar belakang dan aspirasi masyarakat Sandakan yang memiliki rencam sendiri.



Leave a Reply