MD SIDEK PENGERUSI LPU UMS


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Datuk Wira Ir Md Sidek Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa 10 Januari 2020 hingga 09 Januari 2023.

Lantikan itu diumumkan menerusi satu surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertarikh 02 Januari 2020.

Pengumuman itu sekali gus mengisi kekosongan Pengerusi LPU UMS yang sebelum ini disandang oleh Datuk K Y Mustafa.

Untuk rekod, Md Sidek merupakan Pengerusi N.U.R Power Sendirian Berhad (Sdn Bhd) iaitu sebuah syarikat pembekal jana kuasa yang berpangkalan di Kedah.

Pada masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

UMS juga turut mendapat Ahli Lembaga Pengarah yang baharu iaitu Alan Abdul Rahim berkuat kuasa 15 Januari 2020 hingga 14 Januari 2023.



Leave a Reply