MP RANAU ANTARA KELUAR PKR


KOTA KINABALU: Ahli parlimen (MP) Ranau, Jonathan Yasin antara 10 anggota parlimen lain yang mengikut jejak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar daripada parti berkenaan, hari ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pegawai Azmin, kesemua mereka keluar daripada PKR dan membentuk blok bebas di parlimen.

Wakil-wakil rakyat lain yang berbuat demikian ialah :

Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

Dr Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

Awal petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Azmin dan Zuraida dipecat daripada PKR.



Leave a Reply