OPERASI PEMOTONGAN PENYAMBUNGAN HARAM KAWASAN SETINGGAN BERDEKATAN FLAT MPS BATU SAPI


Oleh Kahar Ali

SANDAKAN: Pihak Jabatan Air Sandakan telah melakukan operasi pemotongan penyambungan haram selepas mendapat maklumat tentang berlakunya kegiatan curi air berdekatan Blok E dan F, Bangunan Flat MPS  Jalan Batu Sapi hari ini.

Setelah menjalankan siasatan dengan bantuan Pihak Salcon di kawasan tersebut sebanyak 4 sambungan haram tanpa meter telah dikesan disekitar blok E dan F bangunan Flat MPS Karamunting , kata Jurutera Air Bahagian Sandakan Ishar Hamka Ismail.

Menurut Ishar, sebanyak 3 sambungan haram yang dikesan oleh Pihak Jabatan Air yang disambung secara terus dari paip utama ke koloni setinggan yang berdekatan dipercayai dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Pada operasi tersebut beberapa gulung poly pipe pelbagai saiz dan clam saddle telah dirampas dan dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut, tambah beliau.

Tindakan pemotongan keatas 4 sambungan haram tersebut telah diambil tindakan oleh Pihak Jabatan Air bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang dengan bantuan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air, kata Ishar.

Kesalahan tersebut adalah dibawah Seksyen 49 (b) seksyen 53 boleh didenda sehingga RM 50, 000 atau penjara 2 tahun dibawah Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003, katanya lagi.

Ishar menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

Beliau juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk memaklumkan sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke talian Hotline Jabatan Air Sandakan di 1 300 8888 55



Leave a Reply