Penguasaan larian  Bambangan Run For Fun   2019  hampir dibolot  peserta tuan rumah


Romeo perlu banyak pendedahan  bagi memantapkan prestasi

By: Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Larian  SRA Bambangan menyaksikan hampir semua ketegori dikuasai para pelari tuan rumah apabila menguasai tiga daripada empat ketegori yang dipertandingkan  RUN FOR FUN  pada tahun ini yang telah diadakan Isnin lepas.

Dalam kategori  lelaki terbuka, pelari   jaguh kampung  ( Goshen)  Romeo Gamboh 20,  yang mencatat 28:52,  juga bintang harapan  meninggalkan pesaingnya  Yasbie   30:02 dari Ranau untuk ditempat ke-2, dan tempat ke-3  dimenangi  Addy Yasbie  (Pinatau) dengan catatan masa 31:02.Menyusul Fredinus  Julis (Bintason) Vilbon Madilan( Salimandut) Aindy Sitong ,  Franky Paulus  (Monopod) Mohd Jusrry Justin (Kundasang)  Nelbley Kerry (Kotud) dan Rayner Doripung  (Talamasaon)

Ketegori  lelaki veteran turut diunguli pelari  antarabangsa Rustam Masri  ( Talamason)   dengan catatan masa  29:09  disusuli  pelari negeri  Pettry  Osman (Kundasang)  30:34  dan ke-3  Jasuel  Lukim   (Kiulu) 31:03, disaingi rapat  Derus Dahi, Madusun Rumondok (Bintoson)  Gustin  Tiam (Tamparuli) Sabin F.Karangau (Pitas) Malebone Gabil (Damai) Juakim  Majudin ( Nolotan) dan Jakuil Magindak (Talantang 2)

Dalam pada itu  penguasaan dalam kategori wanita Veteran  diungguli pelari  elit  Epang Sarawai

( Bintasan)  38: 47, ke-2 Vilin @Imelda Ulut ( Kota Marudu)  42: 05 diikuti  Annie Linus  (Tambunan)  43:00, diikuti Rendagon  (Talamason)  Yunsasak (Bintasan) Jukini  Eyok (Taginambur KM) Yanih  (Talamason) Samsiah Wahid (Pitas) Shiti Jamuda (Goshen) dan Leong Su Mi (SMK KMDU)

Barisan para pemenang kategori WV

Manalaka dalam kategori  wanita terbuka menyaksikan para pelari negeri  yang mewakili sekolah  masing masing, Johan  Bibilin Fauzi  (Kota Belud)   37:02 diikuti  ke-2 Suzianah Ekil (Gana KMDU)

40: 28, ke-3 Sinapilin Sarawai( Bintasan)   40:52, seterusnya ke-4 Afrina Rika(SMK Bandau) Meclania  (SMK KMDU)  Elyaza lai Nyuk Len, Elsa Jumilin  (SMK Bandau) Annesa ladungki  (Taginambur ) Ashrina Bakrin (Pitas)  dan Saimi Sungkitang  (Talamason KM)

Sementara itu Guru Besar SRA Bambangan Anny  Marungis  (Gambar) berkata,  penyertaan dikalangan   peminat  larian amat mengalakkan dimana   peserta melebihi jangkaan awal kami  200 tetapi  yang menyertai  seramai 323 peserta yang datang dari  Ranau, Tambunan, Kota Belud,  Kiulu, Pitas, Matunggong selain peserta disekitar Marak parak.

Katanya, daripada  jumlah penyertaan  R4F  yang  julung kali diadakan  109 peserta dari kategori lelaki terbuka adalah yang teramai , terbuka wanita 93 penyertaan,  lelaki veteran 63 peserta dan  wanita veteran  58 peserta dan  ada juga peserta kanak kanak dan  berkumpulan didalam RUN FOR FUN.

Harapan tinggi  pelajar  SK Bambangan…

Sementara itu Anny   guru yang baru lepasan dari AUI  Thailand berharap  agar “penganjuran R4F bagi  mengumupul  dana bagi menyiapkan asrama pelajar  dapat direlisasikan, walaupun mungkin tidak cukup”, katanya kepada beritasabah di Sorinsim.

Geng Runners dari Kota Marudu Pitas, di barisi Ruston, Joronon, Wilfred, Marconi, yg bakal bersaing di Kuching Marathon  ahad depan

Menurutnya,   sekolah tersebut  hanya  ada 40 orang murid, namun mempunyai   impian dan   harapan tinggi dikalangan  ibubaba sebagai nadi insperasi pendidikan yang   boleh membantu kecermelangan  pelajar, SK bambangan  pada tahun ini ada empat orang calon UPSR yang duduk belajar didalam  tiga kelas sahaja dan mempunyai tiga orang guru terlatih dan seorang guru  pelatih.

Katanya lagi, “dengan siapnya asrama  tersebut dapatlah para pelajar dari kampung Tungab  seramai 25 orang  dan Bambangan  sendiri  dapat  belajar dan tinggal  di asrama  dengan  lebih selesa,  sekarang  ini  mereka    berjalan kaki dan terpaksa mengharung  tiga batang sungai sebelum sampai ke kelas,” katanya.

Pelajar SRA Bambangan punya bakat istemewa boleh menari beberapa jenis tarian, sumazau, dikir Barat, joget mempunyai harapan tinggi kuasai ilmu melalui didikan Guru2



Leave a Reply