PESERTA TABLIGH MENINGGAL DUNIA, KEMATIAN MENINGKAT 21 KES –


KOTA KINABALU: Satu lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 21, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, kes kematian ke-21 (kes ke-1588) adalah seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik dan beliau juga merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

“Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020 dan Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif.

“Beliau kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya./BERITA SABAH



Leave a Reply