PETER GESA KAKITANGAN JKR JAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN NEGERI SABAH DENGAN SEBAIKNYA


Abdul Muis menyampaikan APC JKR kepada salah seorang penerima bagi kategori pegawai kumpulan pengurusan

Oleh Nio James

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
Datuk Peter Anthony menggesa semua kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) agar
menjayakan agenda pembangunan negeri ini dengan sebaik-baiknya.

Beliau berkata, jika agenda pembangunan negeri Sabah
gagal dijayakan maka Sabah akan menjadi negeri yang rapuh dan mundur, dan akan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, curahkanlah segala khidmat kita kepada
jabatan ini dan berkhidmatlah dengan cemerlang kerana khidmat pada negara dan
bangsa adalah pengorbanan yang bernilai dan kepentinganya tidak akan dapat diukur
dan diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pengiktirafan
dan Penghargaan JKR 2019, bertempat di Dewan Serbaguna KPI/JKR, Sembulan,
disini, hari ini.

PEGHARGAAN…Abdul Muis (mewakili Peter) menerima cenderakenangan daripada Richard

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri
Pembangunan Infrastruktur, Datuk Abdul Muis Picho.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar
Untong dan Pengarah JKR Sabah, Datuk Richard Jomiji.

Peter berkata, 
kecemerlangan JKR Sabah bergantung kepada perkhidmatan efisien yang
berkesan dan usaha serta sokongan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan
jabatan itu diseluruh negeri Sabah.

Katanya, khidmat yang terpuji dan cemerlang mesti selaras
dengan integriti unggul dan pertanggungjawaban.

“Kecemerlangan tidak bermakna jika ia tidak disaluti
dengan sifat amanah, jujur ​​dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa di Jabatan itu, atau di dalam
Kementerian tidak pernah berkompromi dengan apa-apa kejahilan integriti dan
amalan rasuah.

“Saya difahamkan pada tahun 2019, program ini telah
diadakan untuk kakitangan JKR di seluruh Negeri Sabah dengan kerjasama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah (SPAN),” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada JKR kerana sentiasa
mengambil langkah proaktif untuk memantapkan kakitangan integriti.

Katanya, usaha itu mesti dipertingkatkan lagi kerana ia
sangat penting dalam memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat
dilaksanakan dengan benar beramanah.

“la adalah gejala yang mesti kita hindari walau apa
pun implikasinya.  Ini kerana Malaysia
berada dalam era baru.  Era yang
meletakkan ketelusan, tanggungjawab dan perkhidmatan berdasarkan nilai terbaik
sebagai naratifnya baru,” katanya.

Seramai 87 warga JKR di seluruh negeri Sabah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), disampaikan oleh Muis dan Safar.

Majlis tahunan ini diadakan adalah untuk menghargai
mereka yang telah memberikan sumbangan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang
bagi tahun 2018 di JKR Sabah dari seluruh negeri.

Peter mengucapkan syabas kepada semua penerima APC di
atas pencapaian cemerlang prestasi kerja tahun 2018.

Penerima anugerah adalah terdiri daripada semua kategori
gred daripada pegawai kumpulan pengurusan sehinggalah kumpulan sokongan 1 dan
2. 

Beluau juga mengucapkan tahniah kepada semua cawangan dan
pejabat JKR daerah di seluruh negeri Sabah yang telah terpilih menerima
anugerah kerana telah menunjukkan pengurusan pejabat yang terbaik di peringkat
cawangan atau daerah.



Leave a Reply