POLIS MARIN SEMPORNA SELAMATKAN WARGA INDONESIA DARI OMBAK BESAR


Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menyelamatkan tiga warga Indonesia yang telah hanyut bersama kapal mereka di peraiaran Pulau Sipadan, Semporna di sini pada hari Selasa.

Komander PPM Sabah, ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya telah menerima maklumat pada jam 7.30 pagi daripada Jabatan Taman-Taman Sabah serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendapati sebuah kapal yang mencurigakan pada kedudukan lebih kurang satu batu nautika dari Pulau berkenaan.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal yang dijalankan PPM Semporna mendapati ketiga-tiga lelaki ini merupakan warga Indonesia berasal dari Tarakan yang telah hanyut ke perairan Malaysia selepas kapal mereka jenis ” Troll ” iaitu kapal menarik udang semasa dalam pelayaran ke Sungai Nyamuk Indonesia. 

Selain itu, kapal yang dinaiki mereka telah rosak pada bahagian “Injection Pump ” enjin di kawasan Muara Nunukan.  Semasa cuba membaiki enjin tersebut, ombak besar telah menghanyutkan kapal mereka hingga ke kawasan perairan Pulau Sipadan, kata Mohamad Pajeri.

Dalam masa yang sama pihak PPM Semporna telah membuat pemeriksaan pada kapal berkenaan dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. Dipercayai kapal ini telah mengalami kerosakan dan dihanyutkan daripada perairan sempadan Malaysia Indonesia sehingga ke Pulau Sipadan akibat mengalami kerosakan pada enjin, tambah beliau.

Menurutnya lagi, ketiga-tiga lelaki warga Indonesia tersebut telah ditahan bersama bot di Markas Operasi PPM Semporna untuk menjalani siasatan lanjut. Kejadian ini juga turut telah dilaporkan kepada Konsul Republik Indonesia.



Leave a Reply