PPM TAWAU TAHAN LELAKI TEMPATAN MEMBAWA 40 TONG GAS TANPA KEBENARAN


PPM Tawau menahan seorang lelaki tempatan yang membawa 40 tong gas tanpa kebenaran

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan seorang lelaki tempatan dan rampas 40 tong gas LPG dalam serbuan “Operasi Gelora Khas”  di tempat letak kereta berhadapan Pasar Ikan Tawau pagi ini.

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali , “berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggota PPM berjaya menahan seorang saspek berumur lingkungan 34 tahun yang menggunakan kenderaan persendirian jenis lori pada pukul 6.00 pagi.”

‘Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan membawa 40 tong gas iaitu 25 berisi LPG dan 15  biji tong gas LPG tidak berisi yang disembunyikan diruang belakang kenderaannya,” kata Mohamad Pajeri. 

Bagaimanapun lelaki berkenaan gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesemua barang-barang kawalan yang dibawanya, kata Mohamad Pajeri.

“Pengakuan lisan dari saspek tersebut mengatakan tong gas berkenaan diedarkan ke Pulau Sebatik melalui jalan laut dan dipercayai akan diseludup keluar ke negara jiran Indonesia,” tambah beliau.

Lelaki beserta kenderaan dan barang rampasan diarah ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya. Nilai keseluruhan rampasan termasuk  tong gas dan kenderaan jenis lori dianggarkan berjumlah RM 37,250, katanya lagi.

Kes akan dirujuk ke KPDNHEP cawangan Tawau untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, kata Mohamad Pajeri.



Leave a Reply