RM50 ribu berjaya dikutip daripada Larian Amal PJKAYS


Pemenang wanita terbuka, Melsheira Jumid menerima hadiah daripada Uda (empat dari kiri), disaksikan oleh Eddie (tiga dari kiri) dan AJK PJKAYS.

KOTA KINABALU: Larian Amal Gaya Sihat 2019 yang berlangsung pada Ahad lepas di Padang Merdeka disini berjaya mengutip sejumlah RM50 ribu hasil sumbangan penaja dan bayaran penyertaan daripada lebih 800 orang ramai yang menyertai acara amal tersebut.

Dana bersih yang dikutip akan disumbangkan kepada Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS), sebuah badan kesukarelawan yang ditubuhkan pada April tahun ini dibawah pimpinan Datuk Eddie Abdullah.

Tetamu Kehormat Larian Amal tersebut, Pembantu Menteri Datuk Haji Uda Sulai ketika berucap semasa penyampaian hadiah kepada pemenang, tertarik dengan objektif murni dan rangka aktiviti PJKAYS.

“Saya berharap agar tujuan murni mereka ini akan mendapat kejayaan demi anak-anak yatim yang memerlukan bantuan,” tambah beliau.

Datuk Uda juga mengucapkan syabas kepada initiatif PKJAYS untuk mengutip dana melalui acara Larian Amal Gaya Sihat tersebut dan merakamkan setinggi penghargaan kepada penaja-penaja korporat serta ratusan peserta yang datang untuk menyokong acara larian yang bertemakan beriadah sambil beramal.

Ratusan peserta 5KM Fun Run bersedia untuk pelepasan larian

Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan program-program yang berunsur kebajikan kepada anak-anak yatim dan asnaf daripada badan-badan NGO seperti PJKAYS untuk melengkapkan transformasi kemajuan disemua lapisan masyarakat.

Presiden PJKAYS Datuk Eddie Abdullah memberitahu bahawa PJKAYS ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak yatim lepasan SPM melalui memudahcara, kaunseling, sesi motivasi serta menyedia khidmat nasihat mengenai halatuju serta melebarkan jaringan dengan institusi pengajian tinggi atau kolej vokesyenal dan pusat latihan kemahiran untuk membina kapasiti mereka supaya mereka ini boleh mendapat kerjaya yang produktif dan bermaruah didalam alam dewasa mereka nanti.

Beliau berterima kasih kepada Mutiara Events, pengendali Larian Amal Gaya Sihat 2019, dan semua penaja serta peserta yang terdiri daripada semua golongan masyarakat, termasuk 50 anak-anak yatim yang menyertai sebagai undangan khas.

Acara dibahagi kepada dua kategori, ia itu didalam 12km perlumbaan utama dan 5km Fun Run.

Memandangkan daripada penerimaan yang menggalakkan, Eddie mengumumkan bahawa mereka akan pertimbangkan untuk mengadakan acara LAGS 2020 nanti.

Wang tunai sejumlah RM5,000 dimenangi oleh pemenang-pemenang lima teratas didalam acara 12KM. Pemenang utama didalam kategori masing-masing ialah Jal Wahid (lelaki terbuka), Melsheira Jumid (wanita terbuka), Yusup Tungkob (lelaki veteran), Sue Chong Yeong (wanita veteran).



Leave a Reply