Sukan jana kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dikalangan kanak-kanak


Majamis mewakili Anita memukul gongs sebanyak tiga kali ketika merasmikan sukaneka PPKKK kali ke-3,  diperhatikan oleh Mujim, Murana, Conny, Saimah.

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Pusat perkembangan anak-anak  (PPKKK) merupakan  tempat paling sesuai bagi  menjana kreativiti kanak-kanak   dalam mengatur srtategi permianan, memupuk semangat  berpasukan dan bekerjasama  didalam  permainan, serta memupuk imej  kendiri, kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri kanak-kanak.

Wakil Rakyat Tandek  Datuk Anita Baranting berkata,   program seumpama itu akan dapat menanam sikap  bersuka sesuai dengan usia  mereka  dengan tema “Play, Learn, and Grow Together”  bagi mengujudkan  daya saing  bersukan  dan ikatan kekeluargaan  di kalangan  kanak-kanak, keluarga serta  penduduk setempat.

Anita  berkata pada majlis perasmian majlis  sukaneka pusat perkembangan kanak-kanak  ( PPKKK) perimgkat daerah Kota Marudu 2019   berlangsung di padang majlsi daerah Kota Marudu pada Selesa.

Katanya, kerajaan amat mengharapkan  agar masyarakat Malaysia, khaasnya  di negeri sabah yang terdapat berbilang kaum dapat menghayati serta mengekalkan keharmonian  dan kesejeahteraan yang telah dibina sejak sekian lama . Justur itu lapisan masyarakat  hars memainkan peranan  dalam mengujudkan  keluarga yang sejehtera, penayang dan  harmoni selari dengan selogan negara  mahu melahirkan ‘Masyarakat Penyayang’  .

Katanya,   disamping itu, program sehari  itu juga dapat membina ikatan  kekeluargaan antara kumpulan  sasar Jabatan  dengan warga kerja  jabatan supaya ianya  dapat  melengkapkan keperluan antara satu sama lain.

Sehubungan itu Anita   berharap agar  program  tersebut  akan dapat menpertingkatkan  kualiti hidup  masyarakat serta    terus aktif  dan produktif  khususnya   anak-anak  di Pusat Perkembangan Kanak-kanak  (PPKKK)  sekitar  daerah  Kota Marudu selarri dengan tema “Play, Learn and Grow Together”.

Majamis (tengah) merakamkan gambar  bersama Ibubapa dan kanak-kanak 9 PPKKK Kota Marudu 2019..

Teks ucapan Anita  disampaikan   Ketua Bahagian Parti Warisan Kota Marudu   Majamis @ Mohd. Jeffery Timbong   turut dihadiri    mantan pengarah kebajikan  Sabah Mujim Durin, wakil  pegawai daerah Kota Marudu  Nabilah Ismail, pegawai  jabatan kebajikan daerah   Saimah Salupin, pegawai kebajikan daerah Matunggong Connie Tiso.

Sebelum itu  Ketua Pengarah  Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Sabah  Puan Hajjah  Myrna Jaminez berkata  , seramai 82  orang pelajar dari 9 buah  PPKKK  yang  menyertai sukaneka tersebut, dan disertai ramai Ibubapa pelajar.

Katanya, “di Sabah terdapat     50 PPKKK   bergiat aktif dimana terdapat 690 kakak kanak berumur 5-6  tahun  sedang menyertai kelas kelas  bimbingan Tadika anjuran Jabatan tersebut.

Sebelum itu beliau dan tetamu kehormat menyaksikan pertandingan tarik  tali dianatara  ibubaba dan  juga kakitangan jabatan  serta perlawanan bola sepak  yang di menangi keduanya  dari  pasukan Ibubapa.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan khas daripada  penari dan maskot Marry Brown  yang  turut mengajak  kumpulan kanak-kanak untuk menari dan menyanyi sambil dibantu oleh  bebrapa  orang pelajar dari  pelajar  UMS  sedang pritikal serta nyanyan solo Rablin Nordin artis   terkenal  yang berkhidmat di Pejabat Perkhidmatyan Kebajikan  Kota Marudu.



Leave a Reply