TIGA REMAJA DITAHAN KERANA MEROGOL PEREMPUAN OKU


Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA: Polis telah menahan tiga remaja lelaki kerana disyaki merogol seorang perempuan kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun di sebuah pondok di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini pada Ahad.

Mangsa yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu telah menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu bapanya dia telah dirogol tiga saspek berumur dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun yang tinggal berhampiran rumah mangsa.

Bapa mangsa keluar untuk mencari mangsa pada jam 2 pagi apabila menyedari mangsa tidak ada didalam bilik tidurnya dan kemudian menemui mangsa seorang diri duduk di luar rumah lebih kurang 20 meter dari rumah mereka.

Mangsa kemudian menunjukkan lokasi dia dirogol dan bapa mangsa pun ke pondok itu dan mendapati ada empat lelaki didalam lalu mangsa menunjuk tiga saspek yang merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Supt Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi hari ini.

Menurut Sabarudin, kesemua mangsa telah ditangkap ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

“Saspek ditahan reman selama satu minggu untuk disiasat dibawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan kerana merogol,” kata beliau. 



Leave a Reply