TINDAKAN MENGUMPUL TANDATANGAN SOKONG ANWAR HANYA MENIMBULKAN KEKELIRUAN


Setiausaha Pengelola PKR cabang Sandakan Isaac Wong

SANDAKAN : Parti Keadilan Rakyat (PRK) Cabang Sandakan menyokong kenyataan Ketua Wanita PKR Malaysia pusat Hanisa Talha yang menyifatkan tindakan mengumpul tandatangan ketua cabang parti itu di seluruh negara sebagai tanda sokongan kepada presiden parti Anwar Ibrahim sebagai buang masa.

“Langkah tersebut hanya menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi,” kata Setiausaha Pengelola PKR cabang Sandakan Isaac Wong di sini kelmarin.

Berhubungan dengan Ketua PKR Kangar Noor Amin Ahmad yang mendakwa seramai 198 ketua cabang parti itu menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan. jumlah itu tidak tepat kerana terdapat di kalangan ketua cabang PKR yang tidak dihubungi, tambah Isaac.

Menurut Isaac, penggunaan cara yang tidak betul juga berlaku di  MPN negeri sabah  yang dipimpin oleh yb christina liew menyatakan sokongan anwar menjadi pm 8 tersebut seramai 17 orang.Tindakan tersebut akan menimbulkan pepecahan parti pkr di sabah terutama dari kalangn akar umbi pkr negeri sabah

“Kami PKR cabang Sandakan menyeru supaya Datuk Christina Liew selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah lebih baik tumpukan perhatian dan usaha kepada pembangunan negari Sabah serta menyatukan ahli parti  dan bukan  membazir masa dalam  perkara sokongan Anwar sebagai PM ke 8,” katanya lagi.



Leave a Reply