WARISAN TUARAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN


Ketua Bahagian Rakam Sijim (bertopi) bersama Timbalan Ketua Bahagian Michael Angkui dan Ketua Wirawati Jo-Anna Rampas melawat tempat kejadian

TUARAN: Kebakaran sebuah rumah milik Julian Sibeh di
Kampung Melisau Tenghilan, Tuaran pada pagi semalam telah mendapat perhatian
dan kunjungan daripada Parti Warisan Sabah Bahagian Tuaran.

Tragedi tersebut telah mengorbankan seorang cucu lelaki
Julian yang berusia empat tahun serta turut mencederakan dua orang penghuni
rumah itu.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Parti
Warisan Sabah Bahagian Tuaran merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri
Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Rakam Sijim, bersama pimpinan sayap dan
jawatankuasa bahagian yang turut menyampaikan bantuan segera kepada mangsa.

Rakam Sijim (bertopi depan sekali) serta AJK Bahagian yang lain mengunjungi ahli keluarga mangsa semasa pengebumian.

“Bantuan ini adalah untuk meringankan beban mangsa.
Paling penting, kehadiran kami adalah untuk bersama-sama dalam mendepani detik
sukar buat keluarga mangsa,” kata Rakam semasa ditemui di sini.

Rakam turut melahirkan rasa simpati dan berhasrat untuk
membantu meringankan beban mangsa dengan koordinasi agensi kerajaan setempat.

Selain beliau, turut hadir bersama-sama menyantuni mangsa
ialah Timbalan Ketua Bahagian, Michael Angkui bersama Ketua Wanita, Mary
Galanson dan Ketua Wirawati Parti Warisan Bahagian Tuaran, Jo-Anna Sue Henley
Rampas.



Leave a Reply